GOSIP HIBURAN TERKINI


Thursday, February 27, 2014

SHAH ISKANDAR JADI BURUAN MAK DATIN

SHAH Iskandar bersama Intan Ladyana digandingkan dalam drama bersiri Jika Itu Takdirku.
Bersandarkan bakat, populariti dan wajah kacak persis model, tidak hairanlah jika pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar kini menjadi buruan ramai peminat wanita termasuklah golongan ‘mak datin’ yang dikatakan cuba menghimpit dirinya.
Bukan saja menjadi kegilaan peminat wanita, dia turut menjadi rebutan produser dan pengarah untuk digandingkan sebagai hero dalam karya mereka. Tidak cukup dengan itu, Shah juga sering menjadi sasaran gosip dengan ramai artis wanita yang digandingkan dengannya dalam drama sejak awal lagi. 
Bermula gosip cinta dengan pelakon jelita Rozita Che Wan, nama Shah dikaitkan pula dengan Cacha Maembong dan Nad Zainal. Namanya turut terpalit dengan kontroversi apabila dikaitkan dengan kakak kepada pelakon Anzalna iaitu Diana Nasir yang turut meraih perhatian ramai di persada hiburan tempatan. 

Terbaru, nama Shah dikaitkan pula dengan pelakon Intan Ladyana yang juga gandingannya dalam drama bersiri di Slot Akasia TV3, Jika Itu Takdirku arahan Eoon Shuhaini.
Gambar ‘mesranya’ dengan Intan yang nampak seperti mereka bercium pula menimbulkan kekecohan di laman sosial, baru-baru ini.
Harian Metro

0 comments:

Post a Comment