GOSIP HIBURAN TERKINI


Thursday, March 5, 2015

Hanis Zalikha kini bertudung

Hanis Zalikha

SEMAKIN ramai artis wanita yang kini mula bertudung dan terbaru ialah pengacara dan pelakon Hanis Zalikha.

Perkara tersebut di kongsikan oleh kekasih hatinya yang juga pelakon Hairul Azreen menerusi akaun Intagramnya.

"Wanita Hiasan dunia, Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah, #Alhamdulillah bakal tunang saya sudah berhijab #1March2015" tulis Hairul.

Sementara itu, Hanis turut berkongsi luahan hati mengenai penghijrahannya ini ialah untuk menggembirakan kedua ibu bapanya, bukannya demi Hairul Azreen semata-mata.

"Mama daddy dah lama doa dan tanda-tanda. Jadi anak yang baik sebelum jadi isteri yang baik. Saya dibesarkan dengan kesabaran dan kasih sayang.

Tak sanggup nak dipisahkan dari tanggungjawab mereka tanpa mereka rasa telah selesai didik saya. 

Terasa sebak sebab inilah dua orang pertama dalam dunia yang telah saya cintai terdahulu sebelum sesiapa," tulisnya dalam laman Instagramnya.

SH

0 comments:

Post a Comment