GOSIP HIBURAN TERKINI


Thursday, April 9, 2015

Benjy berdepan hukuman mati

BenjY (kiri) dan Raja Shariff dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Muar semalam atas tuduhan mengedar dadah. ( gambar rotikaya )

Pelakon drama, Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, berdepan dengan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengedar dadah pada bulan lalu.

Turut dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama semalam ialah rakan Benjy, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27.
Anak kepada pelakon Allahyarham Azean Irdawaty dan rakannya itu didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat kira-kira 1.3 kilogram dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar, di sini kira-kira pukul 1.40 pagi pada 27 Mac lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya dan mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan, Benjy dan rakannya itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Kedua-duanya yang dilihat memakai pakaian lokap polis kemudian mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Syafiq Mustaza.
Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain, manakala kedua-dua tertuduh pula diwakili peguam bela, Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read.
KOSMO!

0 comments:

Post a Comment