GOSIP HIBURAN TERKINI


Thursday, April 30, 2015

Julie Dahlan Meninggal Dunia

Julie Dahlan bersama anaknya, Hani. Foto KOSMO

Penerbit drama popular, Julie Dahlan, 63, meninggal dunia kira-kira pukul 8 malam Khamis di Hospital Ampang dekat sini.

Menurut anaknya, Hani Nur Zara, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

"Ketika dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulan, arwah ibu sudah mula sesak nafas. Apabila sampai sahaja di hospital, doktor mengesahkan dia sudah pergi.

"Sebenarnya arwah ibu baru saja keluar wad semalam (Rabu) selepas tiga hari ditahan di hospital. Kemudian siang tadi (Khamis) dia kerap muntah darah.

"Tak sangka pula dia pergi (meninggal dunia) secepat ini. Rasa sedih sangat arwah ibu tidak sempat melihat anak saya yang bakal lahir pada Oktober ini," katanya yang dihubungi mStar Online pada malam Khamis.

Terdahulu, Allahyarham Julie atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, pernah menderita penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi, dan terpaksa menampung kos rawatan hemodialisis yang agak tinggi.

Pada masa sama mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis Prince Court sejak April 2013. 

Produser itu pernah menerbitkan filem yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Terakhir Cinta Metropolitan(1996).

Malah beliau turut popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2: Planet Hitam (2008).

mStar Online

0 comments:

Post a Comment