GOSIP HIBURAN TERKINI


Sunday, May 17, 2015

Zamani Slam dakwa bebas dadah, rindu nak menyanyi

Zamani Slam
Selepas tiga bulan menjalani proses rawatan pemulihan di Rumah Pengasih Malaysia (Pengasih), bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani mengaku sudah bebas daripada ketagihan dadah.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, pada satu sidang akhbar khas yang diadakan di pusat pemulihan tersebut semalam.
“Syukur alhamdulillah, selepas tiga bulan menjalani pemulihan di sini saya berasa kembali bersemangat dan sihat kerana sudah bebas daripada najis dadah.
“Dengan segala bentuk program kerohanian dan sesi kaunseling di sini, semangat saya beransur-ansur pulih walaupun mulanya sangat sukar untuk menyesuaikan diri,” ujar Zamani yang hadir segak mengenakan kemeja putih dan berkot hitam sambil ditemani abangnya, Zulfazil Ibrahim dan peguam, Ahmad Zaharil Muhaiyar.
KOSMO!

0 comments:

Post a Comment