GOSIP HIBURAN TERKINI


Sunday, June 14, 2015

Juara PELAMIN FANTASIA Syawal dan Fiqa Selamat Bergelar Suami Isteri

Fiqa dan Syawal kelihatan berseri dengan busana rekaan pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim -MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.
Juara program Pelamin Fantasia iaitu Syawal dan Fiqa selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) di sini pada malam Sabtu.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Pernikahan, Perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Aluwi Parman berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Ma Hassan Ismail.

Penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor, Imam Muda Asyraf dan abang pengantin perempuan iaitu Mohd Hafiz Ma Hassan bertindak sebagai saksi.

Syawal atau nama sebenarnya Syawaluddin Ghazali, 26, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan seutas rantai emas kepada pengantin perempuan.
Rosyam Nor dan Imam Muda Asyraf turut menjadi saksi pernikahan Syawal dan Fiqa.
Fiqa atau nama sebenarnya Norafiqah Ma Hassan, 24, yang juga seorang gadis istimewa dengan masalah pendengaran turut menyerahkan sembilan dulang barangan hantaran dan turut dibalas jumlah sama oleh pengantin lelaki.

Antara barangan yang diserahkan termasuk sejadah, sepersalinan pakaian, beg tangan, kasut, produk D'Nars, minyak wangi, telekung, manisan dan Al Quran.

Majlis bertemakan 'Modern Garden Wedding' bernilai RM100,000 itu merupakan hadiah sumbangan Astro selepas menjuarai program berkenaan.

Hiasan dewan dan persalinan pernikahan dan resepsi pasangan pengantin adalah hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim.

Syawal dan Fiqa ketika upacara memotong kek.
Manakala makanan pada malam itu ditaja oleh Kelantan Delights.

Hampir 1,000 tetamu hadir bagi meraikan pasangan pengantin pada malam itu.

Menerusi program Pelamin Fantasia, pasangan berkenaan dipilih sebagai juara selepas berjaya menempuh cabaran yang melibatkan elemen sebelum menempuh alam rumah tangga.

Tiga juri iaitu Datin Marlia Musa, Rizalman Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor bertindak sebagai juri program berkenaan.

Dalam perkembangan sama, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Humood Alkhudher, Ewal, Indah, Sabhi Sadhi, Akim & The Majistret, Alyah, Jaclyn Victor, Rabbani, Haziq, Farhan dan Keroncong Band.

Majlis pernikahan itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro (104) dan Mustika HD (135) pada pukul 9 malam.

Ia dihoskan oleh Faizal Ismail dan Raja Azura.

mStar Online

1 comment:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete