GOSIP HIBURAN TERKINI


Monday, June 22, 2015

Tuduhan Ditangkap Khalwat Jatuhkan Maruah Mia Ahmad

Mia Ahmad

Pelakon Mia Ahmad berasa terkilan apabila namanya dikaitkan dengan laporan mengenai seorang aktres ditangkap khalwat baru-baru ini.
Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, ia dianggap sebagai fitnah yang sangat memalukan sekali gus menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

"Saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya pulang bercuti dari Bangkok, Thailand, rakan saya memberitahu tentang gosip tersebut.

"Selepas membacanya sudah tentu saya rasa sedih kerana ia adalah fitnah melibatkan maruah saya," katanya kepada mStar Online.

Gosip pelakon drama dicekup Jais yang tersebar di Internet.

Pada 12 Jun lalu, foto seorang wanita yang dikatakan pelakon popular ditangkap khalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tersebar di laman sosial.

Beberapa individu menuduh kononnya Mia adalah wanita yang ditangkap itu.

Sementara itu, Mia berkata, berdasarkan informasi daripada rakan-rakan dan peminatnya, tuduhan itu disebarkan oleh seorang individu yang ingin menjatuhkan kariernya.

Bagaimanapun, dia tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

"Saya harap individu yang menyebarkan berita palsu itu tahu apa hukum orang yang memfitnah. Jujurnya tuduhan ini adalah sangat melampau. Saya sudah lama bersedia dengan gosip-gosip yang bakal menimpa tetapi mengenai isu ini, ia sudah di luar batasan.

"Saya harap individu itu sedar dengan kelakuannya yang menganiaya orang yang tidak bersalah," ujarnya yang bakal muncul menerusi drama  Dilema Wanita pada penghujung Jun ini di RTM.

mStar Online

1 comment:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete