GOSIP HIBURAN TERKINI


Monday, December 14, 2015

Video,Siti Nordiana ( Nana ) Juara Gegar Vaganza Musim Kedua

Siti Nordiana juara Gegar Vaganza musim kedua

Penyanyi Siti Nordiana diumumkan sebagai juara program Gegar Vaganzamusim kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Ahad.

Video 

Kemenangan itu membolehkan Siti Nordiana atau Nana, 31, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000 dan trofi sumbangan Astro.

Selain itu, Nana bakal merakamkan single terbaharunya terbitan Astro.

Penyanyi itu yang menyampaikan lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain itu turut menerima trofi Persembahan Pilihan Penonton dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Sementara itu, Faradhiya berada ditempat kedua manakala bekas vokalis kumpulan Exists terpaksa berpuas hati ditempat ketiga.

Faradhiya menerima RM50,000, pakej percutian ke Beijing bernilai RM15,000 dan trofi sumbangan Astro.

Manakala Ezad membawa pulang wang tunai RM30,000, pakej percutian ke Jogjakarta dan trofi sumbangan Astro.

Dalam perkembangan sama, penyanyi Nassier Wahab mendapat tempat keempat, Acong (kelima) dan Haiza (keenam).Nassier membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Lombok bernilai RM6000 dan sumbangan Astro.

Acong pula membawa pulang RM10,000, pakej percutian ke Lombok bernilai RM6000 dan trofi sumbangan Astro.

Manakala Haiza menerima RM5,000, pakej percutian ke Lombok bernilai RM6000 dan trofi sumbangan Astro.

Kesemua peserta pada malam itu diadili oleh juri terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.

Terdahulu Jamal membuka tirai konsert akhir tersebut dengan persembahan tiga lagu medley iaitu Ghazal Asmara, Ghazal Untuk Rabiah dan Samrah Mentari.
Dewan MBSA sebelum itu gamat apabila pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Vida bersama-sama pengacara Gegar Vaganza iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse menerusi lagu Kerja Gila.

Gegar Vaganza
 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro HD (123).
mStar Online

0 comments:

Post a Comment