SEJUK DAN PANAS !


Thursday, April 27, 2017

ADMIN GROUP WhatsApp sudah mula Goyang !


Pentadbir (admin) kumpulan WhatsApp bimbang dikenakan tindakan undang-undang apabila ahli dalam kumpulan mereka menyebarkan kandungan jelik atau palsu.

Kebimbangan ini timbul selepas sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan bahawa mereka mungkin akan berdepan tindakan undang-undang kerana gagal membendung penyebaran maklumat palsu.

Akhbar Berita Harian pada Khamis melaporkan bahawa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.

Di bawah akta itu, pelbagai kesalahan boleh dikenakan tindakan seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Berikut beberapa petikan dari para Admin admin Group : -


Notis Admin Disclaimer :

✋🏼 Asalamualaikum.

Saya dan lain-lain admin group ini tidak membenark an dan menyokong sebarang bentuk whatapps yang memaparkan informasi pornografi, tidak benar, fitnah, hasutan, penipuan dan paparan yang tidak sesuai selaras dan seperti yang ditetapkan dengan/oleh Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.

Segala whatapps dipaparkan oleh individu di dalam group ini adalah tanggungjawab setiap individu dalam group ini.

Contoh Surat Letak Jawatan Admin

nama admin

Kepada, 

FOUNDER
Nama group

Tajuk, 

PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI ADMIN

Perkara diatas adalah dirujuk, 

2.    Untuk makluman pihak tuan saya dengan rela hati meletakan jawatan saya sebagai ADMIN diatas sebab - sebab tertentu yang tidak dapat dinyatakan. Sehubungan itu saya memohon maaf dan segala kesulitan haraplah dimaafkan. 

3.     Kerjasama daripada pihak tuan dan puan amatlah dihargai serta mengekalkan keahlian saya bagi menyokong pucuk pimpinan group 

KUANTITI DIDAHULUKAN
KUALITI DIUTAMAKAN
yang benar

---------------------------------------------------
nama admin


"surat ini cetakkan komputer tidak memerlukan tandatangan"

PERBUALAN BANDUAN DALAM PENJARA

B1 : Ko salah apa bro?
B2 : aku Rogol orang..

B1 : Kau bro?
B3 : Aku Bunuh orang..

B1 : Kau Bro?
B4 : Aku jadi Admin WhatsApp..
B1 : 🤣🤣🤣🤣🤣

🤣😂hahahahaha..